
SELAMAT HARI MERDEKA!
Sempena Hari Kebangsaan yang ke 48 ini, saya, dengan bangganya, telah memainkan lagu Negaraku pada pukul 12.01 pagi, 31hb Ogos 2005. Betul tuh! Saya tak main lagu Mariah Carey yang terbaru, atau bergelek kepada lagu rentak Usher. Tidaaaaak. Jadilah macam saya - mainlah lagu Negaraku hari ini!
Ya. Inilah hari saya membelog dalam Bahasa Melayu, seperti yang dicadangkan oleh kengkawan beloger kita, Seluar Pendek serta kawan universiti saya, Si Monyet.
Alangkah kelakarnya. Saya yang memang tak cukup tidur ni sedang memaksa diri saya yang seakan mati-mati ikan ber-belog. Tapi, saya tetap akan berbuat demikian sebab esok merupakan hari cuti. Woohoo. Gembiranya saya.
Ok-lah. Walaupun hanya menaip beberapa perenggan sahaja, mata saya yang sudah hitam bengkak ini sudah nak tutup tidur (tapi kena mandi dululah... alamak :P). Sebelum itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua! Semoga negara kita sentiasa berada dalam keadaan harmoni dan gembira walau apa jua keadaan. Fuuh, jiwangnya!
Untuk informasi mengenai negara saya, rujuklah link ini: Malaysia.